Ini Bukan Masalah Intoleransi Apalagi Tindak Kejahatan

Saya adalah seorang guru. Sudah lebih 16 tahun saya mengajar, sampai saat ini. Yang saya didik adalah anak-anak usia SMP sampai SLTA. Usia pancaroba, peralihan dari kanak-kanak ke remaja menuju dewasa. Dan saat ini, bersama rekan para pendidik, kami mengelola lembaga pendidikan dengan hampir 2000 peserta didik, dari TK sampai sekolah tinggi. Tidaklah mudah pekerjaan menjadi seorang guru itu. Apalagi untuk generasi millenial saat ini. Perkembangan zaman dan teknologi informasi telah membuat mereka memiliki karakter tersendiri. Guru harus mempersiapkan diri lebih maksimal lagi dalam mendidik dan menghadapi mereka. Sebagai seorang guru, saya harus menyiapkan bahan ajar. Mengevaluasi capaian pembelajaran, membuat soal ujian dan memeriksa hasilnya. Memberikan nilai dan mengulangi anak yang belum tuntas. Disamping itu, setiap kali hadir dan tampil di depan kelas, mesti ada nilai dan karakter yang harus saya tanamkan kepada mereka. Itu semua saya lakukan sampai saat ini, walaupun saya juga Wa

Asal Nama Negeri Sembilan

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.

Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Penduduk Asal Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli yang terdiri daripada suku kaum Semelai, Semai dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Sejarah Hijrahnya Orang Minangkabau 

Pada awal abad ke-14, orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mula tiba ke Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun berbanding Orang Asli dan berjaya memujuk hati orang Asli. 

Dengan itu berlakulah perkahwinan antara orang-orang Minangkabau dengan orang asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. 

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih.

Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, 

Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Asal Nama Negeri Sembilan 

Nama Negeri Sembilan mula digunakan sejak abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian dari Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian dari Melaka, Rembau, Sungei Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagian dari Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian dari Pahang, dan Klang yang kini menjadi sebahagian dari Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding saiz Negeri Sembilan yang asal.

Yamtuan 

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, telah memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat perpatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita berbanding kaum lelaki. 

Pada asalnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang didapati di Negeri Melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. 

Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. 

Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya diceraikan oleh suaminya. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. 

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. 

Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. 

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Sultan Melaka memberi perlindungan kepada para penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka. (Sumber ; wikipedia)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Mengenal Hukum Adat Minangkabau

Inilah Asal Usul Nama Minangkabau Yang Sebenarnya

Peran dan Fungsi Urang Sumando